|
|
Thursday, July 29, 2010
Jika isteri menangis dihadapanmu…..
*buat tatapan suami tersayang & semua lelaki bergelar suami~
Jika isteri menangis dihadapanmu…. “hargai lah ia sblm terlewat…” Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi… Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.. Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya! Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya. Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam … Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya. Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ? Apakah keistimewaan perempuan ini ? ” Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat.. TUTUR katanya merupakan KEBENARAN.. SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. . PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya.. Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa.. Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. .. Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. . Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.. Dia begitu sedih melihat KEMATIAN.. TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN. Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal… Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg solehah dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.
Jika isteri menangis dihadapanmu…..
- posted by aisyahsakinah @ 11:17:27 am
 Permalink
Tuesday, July 20, 2010
Memahami seorang lelaki
* article received in email...
Assalamualaikum warahmatullah,
Jika dalam entry Memahami cemburu seorang wanita, yang lepas berkisar tentang selok-belok cemburu seorang wanita, kali ini dikongsikan artikel bagi memahami seorang lelaki pula.
LELAKI akan mula berahsia jika mendapat tahu kekasih atau isterinya menjaja cerita dengan orang lain. Bayangkan senario ini :
Pada satu hujung minggu yang indah, Jasmin dan Daniel bercadang untuk menonton wayang di pawagam berhampiran dengan kediaman mereka. Pasangan kekasih yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja itu hanya berpeluang bersama ketika hujung minggu sambil pergi menonton wayang, berekreasi ataupun menikmati makanan di restoran kegemaran.
Seperti biasa, semasa menunggu giliran membeli tiket tiba-tiba mereka terserempak dengan Nadia, rakan pejabat Jasmin yang juga merupakan seorang model sambilan. Perwatakan cantik dan anggun Nadia itu tanpa disedari menarik perhatian Daniel. “Kenapa asyik pandang Nadia? Awak rasa dia cantik?” persoal Jasmin. “Saya rasa kawan awak itu cantik,” jawab Daniel dengan ikhlas tanpa berselindung apa-apa. Namun, kata-kata Daniel itu mula mengundang masalah dalam perhubungan antara pasangan itu sebab Jasmin berasa kekasih mula tertarik dengan wanita lain. Situasi seumpama itu hakikatnya sering berlaku dalam mana-mana perhubungan pasangan kekasih ataupun suami isteri. Mungkin anda juga pernah mengalaminya. Dalam situasi tersebut, luahan ikhlas Daniel kepada Jasmin sebenarnya untuk memudahkan kefahaman bukan merumitkan lagi perhubungan.
Menurut Kaunselor Perhubungan di Universiti Missouri, Columbia, Amerika Syarikat, Glenn Good, lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan adakalanya lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir daripada kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan.
Kadangkala majoriti wanita berfikir lelaki yang berbohong tentang diri sendiri akan berbohong mengenai semua perkara lain. Maka, perasaan curiga akan menyelubungi jiwa sehingga memusnahkan perhubungan yang baik.
Sebenarnya memahami golongan lelaki bukan susah seperti yang disangka. Bagi kaum wanita yang bimbang dan menghadapi masalah dengan perkara itu, mari kita lihat tips untuk anda memudahkan perjalanan cinta anda.
~Suka membisu~
Golongan wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan sedih sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki pula lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.
Apabila lelaki membisu bukanlah bermakna dia tidak langsung memikirkan hal tersebut, sebaliknyadia enggan memanjangkan atau mengeruhkan sesuatu situasi buruk. Jadi, wanita usah bimbang atau bersangka buruk bahawa pasangan anda tidak langsung mempedulikan anda.
Cukup sekadar meluahkan apa yang tersirat di hati tanpa perlu membebel panjang. Lelaki biasanya akan faham dan selesa dengan situasi itu.
~Lelaki tidak kompleks~
Apabila seseorang lelaki menunjukkan tanda bahawa dia menyukai wanita yang pandai menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan dan menghabiskan waktu intim bersama, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut inginkan.
Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif tetapi kebanyakan lelaki bersifat sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks dan sukar difahami sedangkan sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah sahaja.
~Jangan paksa lelaki~
Apabila seseorang wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jika tidak bertanya dan menyelidik perasaannya secara mendalam. Lebih baik bagi seseorang wanita itu membaca bahasa badan lelaki, lirik matanya atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya.
~Pentingkan kejujuran~
Sama seperti wanita, golongan lelaki juga mementingkan kejujuran. Jika lelaki mengetahui kekasih atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara telus mengenai hal-hal rahsia yang lainnya.
Kejujuran memang penting bagi lelaki. Seorang suami ingin isterinya menyimpan rahsia rumah tangga mereka daripada pengetahuan umum.
~Hidup lelaki lebih mudah~
Cara hidup lelaki lebih mudah berbanding wanita. Oleh sebab itu, lelaki sukar untuk memahami apabila sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk bahasa kiasanoleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki memahaminya, sedangkan mereka lebih suka jika perkara itu disampaikan dalam bahasa yang mudah dan berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, lebih baik berbual secara terbuka kepada lelaki.
Semoga bermanafaat!
Sumber : Kosmo!
- posted by aisyahsakinah @ 3:16:51 pm
 Permalink
Saturday, July 10, 2010
org berbudi kita berbahasa
Malam ini aku berkesempatan menghadiri satu majlis anugerah sastera bersama 3 rakan sekerja. thanks pd AA yg bg tau psl majlis ni. mula2 mmg agak malas gak tp memandangkan aku pon cam xde pe2 plan utk mlm ni, so why not...
Kami tiba kira-kira 5 minit sblm pukul 8.sempat berlegar-legar sebentar, aku memohon diri menunaikan kewajipan pd yg Esa.Usai solat, aku mendapatkan semula rakan-rakanku di tempat jamuan dan terus ke dlm dewan.Rasa teruja kerana ini kali ke 2 aku disini.majlis bermula dgn baik dan tepat pada waktunya.tetapi dpt dilihat kerusi yg kosong di tengah dewan @ panggung. majlis sepenuhnya disampaikan dlm bahasa ibunda..dan perkiraanku tepat bahawa org pertama syarikatku yg berasal dr Scotland itu akan menggunakan bahasa melayu dlm ucapannya. namun tidak kusangka beliau akan menyampaikan ucapan sepenuhnya dalam bahasa melayu! tidak dilupakan pantun sebagai pembuka dan penutup kata.syabas! tak perlu dinyatakan tentang pelat dan sebutan yg adakalanya kurang tepat, tapi sy kira wajar diberikan tepukan gemuruh utk usahanya! :)
Sememangnya mata dan telingaku takkan terlepas pandang kekurangan yg sepatutnya boleh dielakkan. Ye lah..bila hadir sbg tetamu, mata dan telinga lah yg paling aktif! :) Yang paling kukecewa adalah apabila Tetamu Kehormat yg juga seorang menteri "mungkin" tersalah sebut @ pronounce nama dif kehormat yg juga pengerusi syarikat EM di Malaysia.Nama Hugh yg sepatutnya disebut sbg "Hiyu" telah disebut menjadi huge! aku rasa sungguh tak keruan bila mendengarnya. mungkin dpt dimaafkan jika beliau bukan menteri.teks ucapannya mungkin disediakan oleh orang lain (kukira ia masih dipraktiskan lg, kerana aku selalu melihat ibuku menyediakan teks pegawai atasan dan menteri) tetapi sewajarnya beliau turut membuat sedikit kerja rumah @ homework, atau sekurang2nya memastikan nama dif kehormat disebut dgn betul. Seandainya beliau benar-benar tersasul, tiada salahnya diperbetulkan..dan itu lebih baik.
Majlis diserikan lagi dgn pentomin Uda & Dara dan juga nyanyian dr Dayang & Aizat. Mungkin pihak penganjur terlupa utk menekankan aspek pakaian kepada Aizat, kerana kukira dimajlis anugerah rasmi sebegini yg mensyaratkan tetamu memakai pakaian tradisional & batik, dia juga patut utk memandang serius soal pakaian. Aku kurang pasti seandainya seluar ketat yg selalu kulihat dipakai Aizat itu sudah menjadi "trademark" atau identitinya, tapi tiada salahnya dia berbusana lebih formal. Kan lebih sedap mata memandang! :) Mungkin Dayang perlu menurunkan ilmu sebegini agar Aizat juga boleh tampil sama anggun dan bergaya disamping menghormati majlis. :)
Bukan niatku mencari dan mengkritik kelemahan orang kerna diriku juga tidak sempurna, tetapi tidak salah utk kita sama-sama mengambil iktibar dan mengingatkan diri kita sendiri.
Sebelum kuterlupa, tahniah kepada semua pemenang, hakim dan pihak penganjur yg telah berusaha gigih memartabatkan kesusasteraan melayu.
org berbudi kita berbahasa
- posted by aisyahsakinah @ 1:17:54 am
 Permalink
|
About Me
.:: j u Z z m E ::.
QuercifoliaNur Ipoh & KL SERATA(97-01) ; Uni10(02-07) EMBSCM, KL
Contact Me
Navigation
.:: s e i n d a h b a h a s a ::.
~Kerana aku tak sehebat Khadijah
yang begitu sempurna..
Kerana aku tak setabah Rabiatul Adawiyah
yg begitu setia dlm sengsara..
Kerana aku jua tak sekuat dan seteguh Sarah,
apatah lagi secantik Balqis..
Malah kasihku jua tak setulus Zulaikha..
Lalu bantulah aku Ya Allah
mencari jalan pulang ke sisi Mu..~

.:: e - n o v e l ::.
hlovate
mama mass
rnysa
kak sue
.:: c o n t a c t m e ::.
YM! :princess_f241@yahoo.com
Hotmail : tejagurl@hotmail.com
Gmail: quercifolia.nur@gmail.com
Calendar
Tagboard
Thanks
blogskins
layout
RSS Atom
|